Andaman Adreen Bridal - Hubungi Adreen 016-2179890 YM andamanadreen
By: Andaman Adreen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Mar-2007 06:05 Email | Share | Bookmark
Haruman Aromatheraphy

 
 
 
 
Quote:
La ni kalau nak gi buat job kena bawak kalau tak asyik terkena selsema aje,one of my fav epal hijau dan eucalyptus...dah byk try brand lain tapi x sesuai but yg ni serius serasi,tido pun nyenyak





Apakah Itu Aromaterapi

Istilah ‘Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: “Aroma”, yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy”, yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu. Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.

Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.

Kenapa Aromaterapi

Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan
dari segi fizikal, perasaan dan semangat.

Minyak essensial adalah inti yang tak berminyak,
pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan
tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah
dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui
urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan
perasaan. Dari segi semangat pula minyak essensial
bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian
individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan
hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit
emosi dan memori yang baik

Kebaikan Aromaterapi



Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.

Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.

Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah

pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.



IANYA BUKAN SEKADAR HARUMAN


PHYTOCIDERE
Kebanyakan minyak essensial yang dipetik dari sumber tumbuhan kaya dengan phytocidere. Pembakaran pemangkin berterusan pada suhu 60 darjah Celcius dari pelita Lampe Berger melepaskan phytocidere yang terkandung di dalam minyak essensial. Phytocidere juga dikenali sebagai agen melawan infeksi dan juga boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk dan serangga.

ANION (NEGATIVE IONS)
Semasa pembakaran pemangkin, paras anion yang tinggi akan terhasil. Ini akan megakibatkan reaksi pengalkalian di dalam darah seseorang, ini akan menyenangkan penafasan, megurangkan keletihan, mengaktifkan pembaharuan sel dan menguatkan fungsi imunisasi manusia.


OZOALCOOL

Ozoalcool terdapat di dalam minyak essensial Lampe Berger dan bertujuan untuk membentuk ozon semulajadi di udara supaya kuman dan bau yang tidak menyenangkan dapat dihapuskan. Ianya boleh meningkatkan kandungan oksigen di udara sekeliling.

FURTHER BENEFITS

Dengan mengunakan Citronelle dan Lavender minyak essensial dari Lampe Berger, anda juga boleh melegakan sakit kepala dan migrain yang berpunca dari keletihan ataupun tekanan.

Lavender juga mempunyai ciri–ciri yang boleh membawa kesan yang menenangkan dan mempromosi tidur yang nyenyak.

Untuk keadaan tempat kerja yang baik, gunakan minyak essensial Oceane dari Lampe Berger kerana ianya boleh meningkatkan ketekunan dan tahap kesegaran para pekerja, ianya juga berfaedah kepada para pelajar.

Untuk waktu senja yang romantik, Rose d'Iris mampu mencipta suasana yang istimewa itu.

Oleh demikian, minyak essensial Lampe Berger ternyatalah memberi berbagai manfaat yang boleh membantu untuk anda memperolehi suatu kehidupan yang sihat dan gembira.



________________________
..:::Andaman Adreen:::..
Menepati Impian Kenangan Abadi

@Professional Make-Up Artist@
Pakej Lengkap Andaman/Pelamin
Adreen ( 0162179890 - 24hrs ) / ( 03-62727635 - 10am to 7pm )
YM andamanadreen
http://andamanadreen.com
http://andamanadreen.fotopages.com
andamanadreen@gmail.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net