Want your
own Fotopage?












 

Andaman Adreen Bridal - Hubungi Adreen 016-2179890 YM andamanadreen
By: Andaman Adreen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Sep-2007 21:38 Email | Share | | Bookmark
Yuslina & Azrul....full Entry Soon....

 
 
 
View all 5 photos...
Full Coverage will Upload soon...
Album sudah ku beri Pada Customer,will load Full Entry.....ASAP...Enjoy









Yus Utk Majlis Sanding Di Dewan Tmn Melati Daku tertinggal Kamera So ni Snap Guna HP aje...



Sunday, 16-Sep-2007 20:27 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Nisha & Nazir 1/9/2007

 
Majlis Persandingan Nisha & Nazir 1/9/2007









Saturday, 15-Sep-2007 10:54 Email | Share | | Bookmark
Nazir & Nisha - Nikah Merdeka Day 31/8/2007

 
 
 
View all 4 photos...
Majlis pernikahan nisha berlangsung pada Tanggal 31/8/2007 bersamaan dgn Tarikh negara Kita Menyambut Perayaan Kemerdekaan...
Nisha ku kenali melalui internet....emmm bercerita tentang perkenalan mereka memang unik..kawan sepermainan...akhirnya ke jinjang pelamin....Tahniah semoga berbahagia selalu...
Pengantin Kali ini KuGelarkan Shah Rukh Khan Dan Kajol....heheheheh...enjoy viewing the photo...






Gambar yg atas ni kay yg snap.....jurugambar wanita...silalah ke golden.fp

Quote:
Couple : Nisha & Nazir
Date : 31 August 2007
Venue : Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur
Andaman Pengantin : Adreen Fr Andaman Adreen
Moments captured by Zuhri of Redmedia.fp...








Hubungi kami utk pertanyaan lanjut,


________________________
..:::Andaman Adreen:::..
Menepati Impian Kenangan Abadi

**Professional Make-Up Artist**
Pakej Lengkap Andaman/Pelamin
Adreen ( 0162179890 - 24hrs ) / ( 03-62727635 - 10am to 7pm )
YM andamanadreen
http://andamanadreen.com
http://andamanadreen.fotopages.com
andamanadreen@gmail.com



Friday, 14-Sep-2007 05:54 Email | Share | | Bookmark
Azrul & Yuslina.... enjoy photo....more coming soon

 
 
Yuslina & Azrul

Yuslina dtg pertama kali bertemuku bersama ibu tercinta....then dia call confirm then paid deposit...
emmm yus orgnya simple and sweet...senang dia terus cite nak amik pakej yg ini dan buat didewan ...
countinue later aaaaa

enjoy the photo....more coming soon ...

Quote:
Pengantin : Azrul & Yuslina
Location : Dewan Gombak Dan Dewan SUK, Seksyen 8 Syah Alam
Date : 17,18 & 25 Aug 07
Majlis utk both majlis Dari Dewan Gombak Ke Dewan SUK...utk dewan Suk Yus dan Azrul memilih songket tenun Gold...fuhhh bayangkan dlm masa seminggu lebih menjahit dan labuci......fuhhhh





Hubungi kami utk pertanyaan lanjut,


________________________
..:::Andaman Adreen:::..
Menepati Impian Kenangan Abadi

**Professional Make-Up Artist**
Pakej Lengkap Andaman/Pelamin
Adreen ( 0162179890 - 24hrs ) / ( 03-62727635 - 10am to 7pm )
YM andamanadreen
http://andamanadreen.com
http://andamanadreen.fotopages.com
andamanadreen@gmail.com



Wednesday, 12-Sep-2007 08:28 Email | Share | | Bookmark
Selamat Berpuasa Untuk Semua.....................

 
 
 
View all 4 photos...


ﻪﻟﻟﺍﻝﻮﺴﺮﺪﻤﺤﻤ ﻪﻟﻟﺍﻻﺍﻪﻟﺍﻻ

Khas untuk semua pengunjung andamanadreen.fp kami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga kita dpt menjalani ibadah puasa dan dpt melaksanakan solat tarawih bermula mlm ni....utk org perempuan ada excuse aaaaa hehehehehe
Untuk Pelangganku yg baru merasai pengalaman berpuasa bersama suami dan isteri .... jgn lupa bangun sahur aaaaa.... dan jgn lupa solata tarawih di masjid2 berhampiran...salam


Quote:
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan. نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ “Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala” Lafaz Niat Puasa. نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala :
Buat sahabat beragama Islam.. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ seiring akan datangnya Ramadhan,kupohon maafkankah segala kesalahanku


Quote:
Cara Solat Tarawih
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.


Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.


Sunday, 9-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
Quote:
utk LATIFI, Nurul Haini aka nadia... yg berada diastro i dah reply tp x blh go thru...pls call me


Quote:
askm kak reen ku..

sori bebanyak sbb lambat reply .. ni komenku utk andaman adreen aka kak reen
nani tak de access to internet la.. skang ni nani dah duk kat kuantan ikut hubby.. pastu kitorang baru balik hanimum... tu yg lagi lambat tu...so sorry sgt...

ok komen utk kak reen..

kak reen personally - mmg best, friendly.. n peramah.. best layan masa make up.. pastu kak reen suruh senyum bnyk2... hehehehe

make up kak reen - cantik, n detail kat mata.. so mata jadi cantik... compare to other mak andam....


nani akan recommend kwn2 nani utk use ur service... mmg output malatop...

ok la kak reen.. take care and all da best to you..

rgds,
Nani




Hubungi kami utk pertanyaan lanjut,


________________________
..:::Andaman Adreen:::..
Menepati Impian Kenangan Abadi

**Professional Make-Up Artist**
Pakej Lengkap Andaman/Pelamin
Adreen ( 0162179890 - 24hrs ) / ( 03-62727635 - 10am to 7pm )
YM andamanadreen
http://andamanadreen.com
http://andamanadreen.fotopages.com
andamanadreen@gmail.com



Saturday, 8-Sep-2007 16:41 Email | Share | | Bookmark
Nur Fazliana Ruslan aka Yana....mommy

Yana.....


Quote:
This Entry khas untuk Nor Fazliana Ruslan........congrats...bunting pelamin u...x sempat nak masukkan full entry lagi...Yana jaga diri tau...jgn lasak2... insyaalah bulan ramadhan nanti akan ku siapkan semua entry yg tertangguh...harap maaf....
Untuk Maya Dan Eddy nanti kak reen dah load Majlis ditmn Cempaka Dan Majlis Bertandang Dimelaka will attachkan sekali ur komen k...
Utk Diana also akan ku masukkan semua photo......
Utk Siti Hajar akan ku loadkan,x kose nak tengok adegan dibawah pokok kelapa di Eyes On Malaysia....
Utk Yus Dan Azrul akan kuloadkan Majlis Persandingan Kalian Di Dewan Komuniti Gombak
Juga Majlis Bertandang Di Dewan SUK Shah Alam...... berkonsepkan Tradisional Bj Baru K
Syafika will soon
Shafa Mara will update soooon.................sorry k.....

Disini juga ingin ku beritahu actually bahagian kening kami akan alter jika pengantin izinkan,....kami melakukan semuanya atas keizinan dan kemahuan pengantin bukannya memandai mandai yerrrr....kat luar ni ramai tukang komen x berdaftar heheheheheeh...kalau teringin nak kening licin pun kami blh uruskan beritahu aje k......nak nipis sangat pun bukannya cantik dek nun oiiiii..... x nampak original muka u.... dan x cantik mcm cacat aje kalau hilang bulu kening tu.....

kalau kita nak refer balik pd hukum hakam agama cabut walau sehelai pun haram .....tp niat nak mengemaskannya sahaja....okies..so tepuk dada tanya selera


Saturday, 8-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Fadilah Othman....more is coming

 
 


perhatikan dibahagian kening sudah buang sedikit just utk mengemaskannya....pesanan penaja aka parents x bagi usik tau...heheheheheh

Quote:
Dear Kak Reen,

Komen ttg make-up :

To be honest, nih first time sy bermake-up....n hasilnya WOW!!! semua tetemu yg hadir tunjuk "TUMB UP!!"... make-up kak reen very2 smooth...especially utk kulit sy yg kering, furry n jerawat gatal (tu yg nenek cakapla) ......so kak reen berjaya menyembunyikan kekurengan di wajah ku gitu...tenkiu to kak reen n her beloved husband sbb menjadikan majlis sy begitu meriah...

To Outsiders:

Hasil kerja kak reen very2 marbeles bg yg penah mencuber sure agree punyer!! kalu korang yg tgh tercari2 mak andam... andaman adreen is the best CHOICE.. x cair punyer even though kalu korang yg jenis kuat berpeluh...still maintain gitu...

To andaman adreen:

Keep up the good ...will u see next year for my bigday!!! Chaiyok! Beres....!
psssst: demam kiter dh baik kakreen cmner??? (Ya AMpun..kalu berjangkit demam )

From
Fadillah othman


Quote:
Thanks to ladyz atas komen anda....moga berbahagia....jgn lama2 tunang cepat sikit naik pelamin heheheheh....

Most recent comments... (In posting order)
ok here goes..wow makin maju la teknik make up akak...
Dulu pada 3/9/2006 sy gunakan khidmat kak reen kini dah setahun berlalu tp make up kak reen makin mantap n cun... Apa rahsia kak reen!!!!....
whatever pun sy wish kak reen all the best n success selalu... sy ingat la time sy sewaktu nak guna khidmat kak reen... ada 2 cust yg ingin kan pada tarikh yg sy inginkan... tp sib baik cepat2 book kalo x melepas nak merasa kak reen make up... make up kak reen smooth then kalo nak tgk cantik lagi tgk la pada waktu mlm nak tau kenapa sbb bila make up kak reen tu dibiarkan lama kulit kita nampak lagi cantik nak2 waktu mlm... Pada masa tu rasa cam sayang lak nak tanggal kan make up... Nasib baik camera dah dicipta kalo x... x tau la camner... kenang setahun yg lalu x akan saya lupa kan...
Terima Kasih Kak reen sbb membuatkan diri ini menjadi perhatian pada waktu pertunangan ku setahun yg lalu...
All the Best Kak Reen....
Fri 7-Sep-2007 07:30
Posted by:ladyz_sweets


Friday, 7-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Shafie & Diana - Tmn Pelangi more is coming.......

 


Thursday, 6-Sep-2007 14:51 Email | Share | | Bookmark
Teaser.......

 
more is coming soon .......



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.